Hasil kerjasama antara OnePlus dengan McLaren telah melancarkan model edisi khas OnePlus McLaren yang hadir dengan 10GB RAM serta sistem pengecasan pantas baru, Warp Charge 30W.

Rekaan luar tidak jauh beza dengan perangi OnePlus 6T yang biasa. Cuma kerangka belakangnya dilapisi permukaan seperti karbon fiber dengan lingkaran jalur oren di sisinya. Logo OnePlus dan McLaren terlihat jelas di bahagian belakangnya.

Selain reka bentuk, penambahan 10GB RAM dan sistem pengecasan pantas yang baru, tiada perubahan spesifikasi untuk edisi McLaren dan juga model 6T yang biasa.

Peranti ini menawarkan skrin Optik AMOLED bersaiz 6.41 inci dengan resolusi 1080 x 2340 pixel. Peranti ini juga menggunakan Oxygen OS versi 9.0.5 yang berasaskan sistem terbaru Android 9.0 Pie.

Di dalamnya, OnePlus 6T McLaren membawakan pemproses Snapdragon 845 dengan 256GB memori dalaman, 10GB RAM serta bateri 3700 mAh yang menyokong pengecasan pantas Warp Charge 30W.

OnePlus 6T McLaren juga hadir dengan dua kamera di belakang dengan 16 Megapixel sensor, F1.7 Aperture, OIS dan PDAF. Sensor kedua dengan 20 Megapixel, F1.7 Aperture dan sudut lebar 25mm. Untuk Selfie pula peranti ini sediakan sensor 16 Megapixel dengan aperture F2.0.

Baca Juga : Spesifikasi Penuh Dan Harga OnePlus 6T McLaren Edition Di Malaysia

OnePlus 6T McLaren Edition Akan mulakan jualan di Eropah dan Amerika Utara dengan harga rasmi USD699. Harga OnePlus 6T McLaren di Malaysia dijangka sekitar RM2999.