Setelah sekian lama desas-desus mengenai peranti baru Vivo NEX, akhirnya semua terjawab apabila vivo telah umumkan smartphone vivo NEX Dual Display.

Seperti namanya, peranti ini sedikit unik apabila menawarkan skrin AMOLED kedua dibelakangnya yang bersaiz 5.49 inci dan resolusi 1080 x 1920 pixel. Skrin kedua ini diwujudkan untuk memudahkan anda mengambil gambar selfie dengan menggunakan kamera utama di belakang. Jadi, tiada kamera hadapan pada peranti ini untuk berikan ruang sepenuhnya pada skrin hadapan.

Skrin utama juga jenis Super AMOLED bersaiz 6.39 inci dengan resolusi 1080 x 2340 pixel tanpa sebarang takuk atau lubang kamera. Vivo juga membawakan pengimbas cap jari dibawah skrin pada skrin hadapan.

Untuk kamera, peranti ini bawakan tiga kamera di bahagian belakang. Sensor utama dengan 12 Megapixel, F1.7, OIS. Sensor kedua untuk bokeh dengan 2 Megapixel, F1.8. Manakala lensa ketiga ialah TOF kamera untuk pengecaman wajah.

Di dalam peranti membawakan pemproses Snapdragon 845 dengan 10GB RAM serta 128GB memori dalaman tanpa sokongan slot microSD. Peranti ini juga membawakan bateri 3500 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 10V/2.25A.

Baca : Spesifikasi Dan Harga Vivo NEX Dual Display Di Malaysia

Peranti dengan platform terbaru Android Pie ini akan mulakan jualan di China bermula 29 Disember dengan harga CNY 4998 atau bersamaan sekitar RM3099.