Apple iPhone XI Malaysia

Pada tahun 2018 telah banyak jenama smartphone popular seperti Huawei dan Samsung telah menggunakan lebih daripada dua kamera utama di bahagian belakang seperti model Huawei Mate 20, Samsung Galaxy A9 dan sebagainya.

Apple juga dijangka akan menggunakan lebih dari dua kamera pada model baru iPhone yang dilancarkan tahun ini yang mungkin akan diperkenalkan sebagai iPhone XI atau iPhone 11.

Bedasarkan gambar render yang tertiris di internet, model baru iPhone keluaran 2019 akan hadir dengan tiga lensa di penjuru atas belakang peranti. Susunannya agak unik dengan susunan zig-zag menampilkan LED Flash yang teratas dan diikuti tiga kamera dan mikrofon dibahagian bawah.

Apple iPhone XI Malaysia

Bedasarkan sumber, Apple akan menggunakan kamera 3D TOF pada lensa ketiganya seperti model Oppo R17 Pro yang dilancarkan sebelum ini. Kamera 3D TOF ialah lensa pemetaan 3D yang akan menghasilkan gambar wajah 3D. Lagi dua kamera dijangka menggunakan lensa sudut lebar dan lensa dengan kebolehan 2X Zoom.

Sumber : Digit.in