Honor Malaysia baru sahaja melancarkan telefon pintar mampu milik untuk pasaran Malaysia iaitu Honor 10 Lite. Terdapat dua variasi untuk pasaran tempatan iaitu model 32GB/3GB RAM yang dijual pada harga RM749. Model dengan 64GB/3GB RAM pula dijual dengan harga RM799.
Honor 10 Lite dikuasai oleh cip Kirin 710 yang menyokong GPU Turbo untuk prestasi permainan yang lebih baik. Skrinnya berukuran 6.21 inci dengan resolusi FHD+ 1080 x 2340 pixel. [AdsPost]
Terdapat takuk bulatan kecil di atas skrin yang menempatkan kamera 24 Megapixel F2.0 untuk Selfie. Kamera utama di bahagian belakang pula hadir dengan lensa 13 Megapixel F1.8 dan 2 Megapixel F2.4 yang menyokong fungsi AI untuk pengecaman suasana.
Honor 10 Lite turut hadir dengan bateri 3400 mAh dengan pengecasan 10W yang boleh di cas melalui sambung microUSB. Peranti ini juga hadir dengan platform terbaru Android 9.0 Pie dengan antara muka EMUI 9.0.
Terfapat empat pilihan warna ditawarkan di mana model 32GB ditawarkan dengan warna Midnight Black dan Sky Blue manakala model 64GB ditawarkan dalam warna Saphire Blue dan Shiny Red.
Baca : Spesifikasi & Harga Honor 10 Lite Malaysia
Bagi yang berminat untuk dapatkan Honor 10 Lite boleh dapatkanya bermula 9 Januari 2019 dengan harga rasmi di Malaysia RM749 untuk model 32GB dan RM799 untuk model 64GB. Anda juga boleh dapatkannya dengan harga promosi RM699 di Lazada Malaysia hanya untuk 9 Januari sahaja.