Harga Huawei MediaPad T5 Malaysia

Selain Apple dan Samsung, Huawei antara jenama yang masih lagi menawarkan tablet di pasaran. Di Malaysia, Huawei baru sahaja melancarkan tablet terbaru mereka iaitu Huawei MediaPad T5 yang akan dijual dengan harga RM999.

Huawei MediaPad T5 merupakan tablet bersaiz 10.1 inci dengan resolusi 1920 x 1200 pixel. Ianya merupakan tablet mampu milik dengan cip Kirin 659, ruang memori sebesar 32GB, 3 GB RAM serta kapasiti bateri sebesar 5100 mAh.

Terdapat kamera hadapan dengan sensor 2 Megapixel F2. 4 dan kamera belakang 5 Megapixel F2. 4. Huawei MediaPad T5 hadir dengan antara muka EMUI 8 yang berasaskan Android 8.0 Oreo.

Harga Huawei MediaPad T5 di Malaysia ialah RM999 dan akan dijual bermula 28 Februari 2019 yang boleh didapati dari pengedar rasmi Huawei dan kedai atas talian.