Harga Huawei Nova 4 Malaysia

Akhirnya telefon pintar mampu milik dengan tiga kamera dari Huawei akan memasuki pasaran Malaysia. Huawei Nova 4 telah dilancarkan untuk pasaran Malaysia dan akan dijual mulai 14 Februari ini dengan harga RM1899.

Namun malangnya model yang akan memasuki pasaran Malaysia hadir dengan kamera utama 20 Megapixel dan bukannya 48 Megapixel sepertimana untuk pasaran China. Lagi dua sensor digunakan pada kamera belakang ialah 16 Megapixel dan 2 Megapixel. Untuk Selfie pula peranti ini menawarkan kamera 25 Megapixel.

Huawei Nova 4 hadir dengan skrin bersaiz 6.4 inci dengan resolusi 1080 x 2310 pixel. Ia dijana menggunakan cip Kirin 970 dengan 128GB memori dalaman serta 8GB RAM. Peranti ini juga menawarkan antara muka EMUI 9 yang berasaskan Android 9.0 Pie.

Harga Huawei Nova 4 Malaysia

Fungsi selebihnya yang terdapat pada Huawei Nova 4 termasuk bateri Li Ion 3750 mAh, sokongan LTE-A Cat 16 serta menggunakan port micro USB 2.0 Untuk mengecas.

Baca : Harga Dan Spesifikasi Penuh Huawei Nova 4 

Peranti pertenghan dengan tiga kamera Utama ini mula ditawarkan bermula 14 Februari ini. Anda boleh dapatkannya dengan harga RM1899.