Harga Motorola One Malaysia

Setelah sekian lama menyepi, akhirnya Motorola telah perkenalkan model baru untuk pasaran Malaysia. Model tersebut ialah Motorola One yang kini boleh didapati dari Shoppe Malaysia dengan harga RM799.

Motorola One merupakan peranti Android One dengan sistem Android 8.1 Oreo. Di Malaysia, model ditawarkan dengan memori 64GB dan 4 GB RAM serta menyokong slot micros sehingga 256GB.

Peranti yang menggunakan pemproses Snapdragon 625 ini juga hadir dengan 3000 mAh bateri serta pengecasan 15W TurboPower yang mampu mengecas selama 20 minit untuk 6 jam penggunaan peranti. Ia juga di cas menggunakan USB Type-C.

Harga Motorola One Malaysia

Motorola One dipadankan dengan skrin 5.9 inci, nisbah 19:9 serta resolusi HD+ 1520×720 pixel. Dua kamera utama di bahagian hadapan dengan sensor 13 Megapixel dan 2 Megapixel. Untuk Selfie ia dipadankan dengan lensa 8 Megapixel.

Baca : Spesifikasi Dan Harga Motorola One Malaysia

Bagi yang ingin dapatkan Motorola One, boleh dapatkannya secara rasmi di Shopee Malaysia dengan harga RM799.