Bagi yang sedang mencari smartphone dibawah harga Rm2000, Nokia 8.1 antara model baru yang sesuai untuk anda. Nokia Malaysia baru sahaja melancarkan peranti tersebut dengan harga RM1699.
Ia merupakan peranti dengan platform terkini Android 9.0 Pie. Ia juga merupakan smartphone Android One yang menjamin kemaskini Android yang terawal.
Nokia 8.1 merupakan peranti dengan skrin 6.18-inci, nisbah 19:9 serta resolusi 1080 x 2280 pixel. Peranti ini juga dikuasai oleh pemproses Snapdragon 710 dengan 64GB memori, 4GB RAM serta 3500 mAh bateri.
Untuk fungsi fotografi, Nokia 8.1 hadir dengan 20 Megapixel kamera Selfie serta dua lensa 12 Megapixel dan 13 Megapixel kamera utama. Kameranya juga menyokong OIS, rakaman video 4K serta menggunakan kanta jenis Zeiss Optic.
Spesifikasi Nokia 8.1 | |
---|---|
Platform | Android 9.0 (Pie) – Android One |
Pemproses | Qualcomm SDM710 Snapdragon 710 (10 nm) |
Memori | 64 GB Memori Dalaman Dan 4 GB RAM |
Paparan | IPS LCD 6.18 Inci, 1080 x 2280 pixels (FHD+) |
Kamera Utama |
|
Kamera Depan | 20 Megapixel (F2.0) |
Ciri-Ciri |
|
Harga Di Malaysia | RM1699, Jualan Bermula 16 Januari 2019 |
Kelebihan |
|
Harga Nokia 8.1 Di Malaysia dijual dengan harga RM1699 yang boleh didapati bermula 16 Januari ini dari pengedar rasmi Nokia seluruh negara.
Latest Phones In Malaysia |
Comments |