Promosi Xiaomi Mi Mix 2S

Sempena ketibaan Xiaomi Mi Mix 3 ke pasaran Malaysia, Xiaomi telah menurunkan harga model lama Xiaomi Mi Mix 2S yang kini berharga serendah RM1399 untuk model 64GB dan RM1699 untuk model 128GB.

Ianya penurunan yang agak ketara dari harga asalnya iaitu RM1999 untuk model 64GB dan RM2199 untuk model 128GB.

Xiaomi Mi Mix 2S merupakan peranti dengan skrin 5.99 inci FHD+ yang dilancarkan bulan June tahun lalu untuk pasaran Malaysia. Ia dijana oleh pemproses Snapdragon 845, 6GB RAM serta bateri Li-Ion 3400 mAh.

Kamera selfienya agak unik yang terletak di bahagian penjuru kanan bawah dengan sensor 5 Megapixel. Kamera utamanya pula menggunakan sensor dua 12 Megapixel dengan aperture F1.8 dan F2.4.

Anda boleh dapatkan Xiaomi Mi Mix 2S dengan harga baru dari pengedar rasmi Xiaomi di seluruh negara serta kedai atas talian seperti Lazada dan Shopee.