[AdsLink]Xiaomi Malaysia telah melancarkan smartphone premium dengan kamera selfie gelungsur iaitu Xiaomi Mi Mix 3. Harga Xiaomi Mi Mix 3 di Malaysia iaitu RM2199 untuk model dengan warna hitam manakala RM2299 untuk model warna hijau dan biru.
Xiaomi Mi Mix 3 hadir dengan skrin Super AMOLED bersaiz 6.39 inci dengan resolusi FHD+ 1080 x 2340 pixel. Tiada takuk untuk peranti ini sebaliknya kamera Selfie tersembunyi di dalam badannya dan perlu gelongsorkan bahagian belakang peranti bagi keluarkan kamera Selfie. [AdsPost]
Untuk selfie, dua lensa digunakan dengan sensor 24 Megapixel dan 2 Megapixel. Manakala kamera Utama pula tampil dengan lensa 12 Megapixel F1.8 dan 20 Megapixel. Kamera utamanya juga menyokong Dual Pixel PDAF, 4-Axis OIS serta rakaman video 4K.
Di dalamnya, peranti premium ini dikuasai oleh cip Snapdragon 845 dengan 6GB RAM, 128GB memori dalaman, 3200 mAh bateri serta menggunakan platform terkini Android 9.0 Pie.
Baca : Spesifikasi & Harga Xiaomi Mi Mix 3 Malaysia
Xiaomi Mi Mix 3 akan mula ditawarkan bermula 12 Januari ini yang boleh didapati dari pengedar rasmi Xiaomi seluruh negara. Seperti yang telah dinyatakan, Harga Xiaomi Mi Mix di Malaysia bermula dari RM2199 untuk model dengan warna hitam dan RM2299 untuk model dengan warna biru dan hijau.