Huawei Y5 Lite Malaysia

Satu lagi model mampu milik dari Huawei telah diumumkan iaitu Huawei Y5 Lite yang merupakan model kedua Android Go Edition selain Huawei Y3 2018 yang diumumkan tahun lalu.

Huawei Y5 Lite menawarkan bentuk yang kecil dengan skrin 5.45 inci dan resolusi 1440 x 720 pixel. Ia juga menawarkan kamera tunggal 8 Megapixel F2.0 di bahagian belakang dan 5 Megapixel kamera Selfie.

Di bahagian dalam, Huawei Y5 Lite dikuasai cip Mediatek MT6739 dengan 16GB memori dalaman serta 1 GB RAM. Ia juga menggunakan bateri 3020 mAh dan Android 8.1 Oreo.

Baca : Spesifikasi Dan Harga Huawei Y5 Lite Di Malaysia

Huawei Y5 Lite akan ditawarkan di Pakistan dengan harga PKR16,499 atau bersamaan sekitar RM499 di Malaysia. Ia boleh didapati dalam warna hitam dan biru. Buat masa ini tiada maklumat mengenai kemasukan peranti ini ke pasaran tempatan.