Huawei Y7 Pro 2019 Malaysia

Huawei baru sahaja mengumumkan model mampu milik dengan cip Snapdragon 450 iaitu Huawei Y7 Pro 2019. Ianya mula ditawarkan di Vietnam dengan harga VND3,990,000 atau sekitar RM749.

Dilihat pada rekaannya, peranti ini tidak ubah seperti model Huawei P Smart 2019 dengan pilihan warna belakang aurora blue dan hitam. Namun model mampu milik ini telah menggugurkan pengimbas cap jari di belakang disamping menggunakan spesifikasi yang lebih rendah.

Huawe Y7 Pro 2019 hadir dengan skrin bersaiz 6.26 inci dengan resolusi HD+ 720p. Ia juga menggunakan cip Snapdragon 450 yang hadir bersama dengan 3 GB RAM, 32GB memori terbina, Slot microSD serta bateri 4000 mAh.

Kamera utamanya menampilkan dua lensa dengan sensor 13 Megapixel F1.8 dan 2 Megapixel untuk bokeh. Manakala untuk Selfie ia dimuatkan dengan kamera 16 Megapixel. Ia juga menawarkan platform Android 8.1 Oreo dan antara muka EMUI versi 8.2.

Peranti ini telah ditawarkan melalui Lazada Vietnam dengan harga VND3,990,000 atau sekitar RM749 di Malaysia. Buat masa ini tiada maklumat sama ada peranti ini memasuki pasaran tempatan atau tidak.