iPhone 2019 Malaysia

Telah banyak khabar berita mengenai model iPhone yang akan dilancarkan pada tahun ini. Seperti tahun lalu, Apple dijangka akan perkenalkan tiga model iPhone pada tahun ini bagi menggantikan iPhone XS Max, iPhone XS dan iPhone XR.

Melalui sumber terbaru dari Weibo, peganti kepada iPhone XS Max akan hadir dengan tiga kamera yang membawakan dua lensa sudut lebar dan lensa telefoto dengan kebolehan 3X optikal zoom.

iPhone XS Max 2019 juga dijangka hadir dengan bateri berkapasiti besar dengan 4000 mAh serta sokongan 15W pengecasan tanpa wayar yang telah ditingkatkan berbanding model tahun lepas yang menggunakan pengecas tanpa wayar 7.5W.

Apple juga dijangka akan bawakan skrin 120Hz ProMotion yang terdapat pada iPad Pro ke iPhone keluaran 2019 untuk skrin yang lebih lancar dan responsive.

Apple dijangka akan umumkan model baru iPhone pada bulan September tahun ini. Ianya terlalu awal untuk sahkan spesifikasi yang telah tertiris. Sama-sama kita nantikan kemunculan iPhone 2019 pada bulan September ini.

Sumber : MacRumor