Plan Maxis Untuk Razer Phone 2

Razer Phone 2 baru sahaja berlabuh di Pasaran Malaysia dengan harga RM3499. Bagi yang ingin dapatkan bersama plan data internet, Maxis ada tawaran istimewa untuk anda.

Kini melalui Maxis Zerolution anda boleh dapatkan Razer Phone 2 dengan bayaran ansuran serendah RM101. Ia hadir dengan plan data MaxisOne 188 dengan komitmen bulanan RM188 yang merangkumi 60GB data serta panggilan dan SMS percuma.

Razer Phone 2 turut ditawarkan melalui plan MaxisOne 158 dengan harga peranti RM115 sebulan, plan MaxisOne 128 dengan harga peranti RM128 sebulan serta plan MaxisOne 98 dengan harga peranti RM138 sebulan. Pencerahan plan MaxisOne seperti dibawah.

Sekiranya ingin dapatkan Razer Phone 2 tanpa plan ansuran Maxis Zerolution, anda boleh dapatkannya serendah RM2029 dengan plan MaxisOne 188, RM2299 dengan plan MaxisOne 158, RM2629 dengan plan MaxisOne 128 dan RM2299 dengan plan MaxisOne 98.

Plan Maxis Untuk Razer Phone 2

Sedikit maklumat mengenai Razer Phone 2 yang merupkan peranti premium yang mengfokuskan pada permainan mudah alih. Ia hadir dengan skrin 120Hz QHD bersaiz 5.72 inci, pemproses Snapdragon 845, 8GB RAM dan 64GB memori dalaman. Ia juga hadir dengan kamera belakang 12 Megapixel F1.75 dengan OIS dan  12 Megapixel F2.6. Manakala kamera selfie hadir dengan lensa 8 Megapixel F2.0

Untuk maklumat lanjut mengenai plan data Maxis untuk Razer Phone 2 atau plan Zerolution untuk Razer Phone 2 boleh layari laman rasmi Maxis.