Bagi peminat telefon pintar yang mengfokuskan permainan mudah alih, ada berita baik untuk anda. Razer Phone 2 baru sahaja memasuki pasaran Malaysia yang dijual dengan harga RM3499.

Rezer Phone 2 hadir dengan rekaan agak klasik empat segi dengan bezel tebal di bahagian atas dan bawah peranti. Ianya memberikan keselesaan apabila memegang peranti secara mendatar memandangkan ia mengfokuskan pada permainan mudah alih.

Peranti ini hadir dengan skrin sebesar 5.72 inci, nisbah 16:9, kadar segar semula 120Hz serta resolusi 1440 x 2560 pixel. Peranti ini juga hadir dengan cip Snapdragon 845, 8 GB RAM serta ruang memori 64GB.

Untuk kamera, Razer Phone 2 hadir dengan dua lensa 12 Megapixel di bahagian belakang dengan aperture F1.8 dan F2.6. Manakala untuk selfie peranti ini bawakan kamera 8 Megapixel dengan aperture F2.0.

Razer Phone 2 turut hadir dengan sistem Android 8.1 Oreo yang boleh dikemaskini ke Android Pie pada masa akan datang. Fungsi lain yang terdapat pada Razer Phone 2 termasuk bateri 4000 mAh dengan pengecas pantas 24W, pengimbas cap jari di sisi serta lampu RGB pada logo Razer di belakang peranti.

Razer Phone 2 ditawarkan melalui plan data khas dari Maxis dan UMobile yang boleh didapati dengan harga RM3499.