Samsung Galaxy M20 Malaysia

Samsung baru sahaja memperkenalkan siri baru Samsung Galaxy M untuk pasaran telefon pintar pertenghan. Dua model diumumkan iaitu Samsung Galaxy M10 dan Samsung Galaxy M20.

Kedua-duanya memiliki rekaan yang hampir sama dengan warna hitam dan biru serta skrin jenis Infinity-V yang memiliki takuk kecil seperti huruf “V” di bahagian atas peranti.

Samsung Galaxy M20

Samsung Galaxy M20 mungkin akan menjadi salah satu peranti pilihan sekiranya ia memasuki pasaran tempatan. Di India, peranti ini akan dijual bermula INR 11,000 atau sekitar RM649 untuk model 3GB RAM dan INR13,000 atau sekitar RM749 untuk model 4GB RAM.

Untuk spesifikasinya, peranti ini hadir dengan skrin 6.3 Inci, resolusi 2340 x 1080 pixel serta kamera selfie 8 Megapixel F2.0 dengan fungsi pengecaman wajah untuk membuka kunci. Kamera utamanya hadir dengan dua lensa 13 Megapixel F1.9 dan 5 Megapixel F2.2.

Di bahagian dalam, peranti ini dikuasai cip Exynos 7904 dengan CPU Octa-Core serta pilihan memori sama ada 64GB dengan 4 GB RAM atau 32GB dengan 3 GB RAM. Peranti ini juga hadir dengan bateri Li-Po 5000 mAh yang dicas melalui USB Type-C.

Samsung Galaxy M10

Samsung Galaxy M10 Malaysia

Untuk Galaxy M10 pula memiliki skrin sedikit kecil iaitu 6.2 inci dengan resolusi yang lebih rendah iaitu 1520 x 720 pixel. Ia menggunakan kamera selfie 5 Megapixel F2.0 serta dua kamera Utama 13 Megapixel dan 5 Megapixel.

Samsung Galaxy M10 juga hadir dengan pemproses Exynos 7870 dengan pilihan memori 32GB/3GB RAM dan 16GB/2GB RAM. Fungsi lain termasuk bateri Li-ion 3400 mAh dengan pengecas microUSB dan menggunakan platform Android 8.1 Oreo.

Di India peranti ini dijual dengan harga INR 8,000 atau bersamaan RM499 untuk model 16GB dan INR 9,000 atau bersamaan RM549 untuk model 32GB. Tiada maklumat tarikh jualan serta harga rasmi di Malaysia buat masa ini.