Spesifikasi Penuh Google Pixel 3 Lite

Google dijangka akan memperkenalkan dua model telefon pintar untuk pasaran pertenghan iaitu Pixel 3 Lite dan Pixel 3 Lite XL. Ia dijangka diumumkan pada majlis Google I/O 2019 pada tahun ini.

Terbaru, spesifikasi Google Pixel Lite telah tertiris melalui video review ringkas dari saluran YouTube Andro News. Bedasarkan video tersebut, Google Pixel 3 Lite merupakan peranti murah dengan rekaan plastik.

Ia akan hadir dengan skrin bersaiz 5.56 inci, resolusi 1080 x 2160 pixel dan nisbah 18:9. Di dalamnya, peranti ini menawarkan cip Snapdragon 670 dengan GPU Adreno 615, 4GB RAM serta 32GB ruang memori. Goggle menawarkan memori dalaman yang kecil pada peranti ini memandangkan mereka akan lebih mengfokuskan pada storan awan.

Google Pixel 3 Lite akan hadir dengan sistem kamera yang sama dengan Pixel 3. Ia hadir dengan kamera tunggal 12.2 Megapixel F1.8 dengan sokongan OIS. Kamera selfie pula hadir dengan 8 Megapixel sensor.

Peranti dengan Android Pie terbaru ini dijangka hadir dengan bateri 2915 mAh, sokongan port 3.5mm audio jack serta akan dipasaran sebaik sahaja majlis Google I/O tamat.