Android Q

Pada tahun ini Google akan memperkenalkan versi terbaru Android yang akan dinamakan sebagai Android Q. Melalui satu video di YouTube yang dikeluarkan Xda Developers menunjukkan peranti Pixel 3 dijalankan menggunakan sistem terbaru Android Q.

Untuk melihat perbezaannya, mereka telah bandingkan dengan Pixel 2 yang menjalankan Android P.

Antara mukanya tidak banyak yang berubah antara Android P dan juga Android Q. Google membuat perbuhahan minor Pada icon, sistem notifikasi dan juga mode gelap yang menukar tema peranti kepada warna hitam.

Android P akan lebih mengfokuskan kepada kawalan privasi yang lebih baik. Sebagai contoh apabila anda membuka aplikasi yang memerlukan penggunaan mikrofon, ikon mikrofon akan terpapar di bahagian baris atas notifikasi. Begitu juga dengan lokasi, kamera dan lain-lain. Jadi, anda dapat mengetahui setiap perkara yang dilakukan aplikasi tersebut.