Selalunya cipset high-end seperti Snapdragon 855 akan digunakan pada model perdana. Namun tiada yang mustahil bagi Xiaomi dimana mereka sebelum ini telah pun menggunakan cipset high-end Snapdragon 845 pada model mampu milik seperti yang terdapat pada Xiaomi Pocophone F1.

Terbaru, mereka dikatakan akan menggunakan pula cipset Snapdragon 855 untuk telefon pintar mampu milik mereka. Namun bukannya dibawah siri telefon pintar Pocophone sebaliknya untuk model dibawah jenama Redmi.

Model dan spesifikasi peranti tersebut masih lagi belum diketahui. Xiaomi Pocophone F1 telah dijual pada harga RM1299 hingga RM1399 di Malaysia. Model baru itu juga dijangka akan dipasarkan sekitar pada harga tersebut.

Tags