Xiaomi Redmi Go Malaysia

Xiaomi telah memperkenalkan telefon pintar Android Go pertama dari mereka iaitu Redmi Go yang akan mulakan pasaran di Eropah dengan harga serendah €80 atau sekitar RM300.

Redmi Go merupakan peranti mampu milik dengan skrin bersaiz 5.0 inci resolusi 1280 x 720 pixel dengan nisbah 16:9. Ia hadir dalam warna hitam dan biru dengan kamera tunggal 8 Megapixel di bahagian belakang serta 5 Megapixel kamera Selfie.

Di bahagian dalam, Redmi Go dikuasai CPU kelas permulaan Snapdragon 425 dengan kekuatan empat teras 1.4Ghz. Ia juga hadir dengan 1 GB RAM serta pilihan 16GB atau 8GB memori terbina. Slot memori tambahan MicroSD juga disediakan untuk peranti ini.

Redmi Go juga hadir dengan bateri 3,000 mAh yang dicas melalui microUSB. Redmi Go menggunakan sistem Android 8.1 Oreo dengan aplikasi khas Android Go yang lebih ringan dan lancar untuk peranti mampu milik.

Buat masa ini tiada maklumat untuk kemasukan peranti ini ke pasaran Malaysia.