Plan Data Maxis Samsung Galaxy S10

Sempena kemunculan siri smartphone Samsung Galaxy S10 ke pasaran tempatan, Maxis telah menawarkan pakej khas bagi yang berminat untuk dapatkan peranti tersebut bersama plan data MaxisOne.

Tiga plan data internet ditawarkan untuk ketiga-tiga model Samsung Galaxy S10e, Samsung Galaxy S10 dan Samsung Galaxy S10+. Ianya termasuk MaxisOne Plan 128 dengan 40GB data bulanan, MaxisOne Plan 158 dengan 50GB data bulanan dan MaxisOne Plan 188 dengan 60GB data bulanan. Ketiga-tiga plan MaxisOne tersebut datang dengan panggilan serta msej percuma tanpa had dan dua tahun kontrak.

Untuk harga peranti, Bagi kontrak normal, Samsung Galxy S10e berharga RM1299 sekiranya anda memilih plan MaxisOne 188. Maxis juga menawarkan pembelian secara ansuran melalui Maxis Zerolution dimana Samsug Galaxy S10e ditawarkan pada serendah RM88 sebulan. Untuk pembelian melalui Maxis Zerolution360 (sewa) pula, Samsung Galaxy S10e ditawarkan serendah RM124 sebulan. Untuk maklumat keseluruhan harga Samsung Galaxy S10 melalui Maxis boleh lihat jadual di bawah.

Harga Samsung Galaxy S10 Dari Maxis

Sedikit Maklumat mengenai Samsung Galaxy S10 dimana ia baru sahaja diumumkan untuk pasaran Malaysia. Samsung Galaxy S10e dijual pada harga RM2699 untuk model 128GB. Samsung Galaxy S10 pula dijual pada harga RM3299 untuk model 128GB. Manakala untuk model yang lebih besar Samsung Galaxy S10+ dijual pada harga RM3699 untuk model 128GB dan RM4599 untuk model 512GB.

Bagi yang berminat untuk dapatkan Samsung Galaxy S10 dari Maxis boleh menempah mulai hari ini sehingga 27 Febuari 2019.