Harga Samsung Galaxy A30 Dan A50 Malaysia

Samsung baru sahaja memperkenalkan dua model pertengahan iaitu Samsung Galaxy A50 Dan juga Samsung Galaxy A30. Walaupun masih lagi baru diumumkan, nampaknya beberapa penjual smartphone Samsung di Malaysia mula membuka tempahan untuk kedua-dua peranti tersebut.

Menurut penjual Sonic Mobile, Samsung Galaxy A50 akan dijual dengan harga RM1199 untuk model 128GB / 6GB RAM manakala untuk Samsung Galaxy A30 pula akan dijual dengan harga yang lebih murah iaitu RM799.

Bedasarkan spesifikasi dan harga yang ditawarkan. Samsung Galaxy A30 dan A50 kelihatan agak murah berbanding pesaingnya. Tambahan pula dengan menggunakan skrin Super AMOLED, pengimbas cap jari dibawah skrin yang mungkin sukar terdapat pada Smartphone dibawah RM1300 yang lain.

Untuk spesifikasi, Samsung Galaxy A50 dan A30 hadir dengan skrin Super AMOLED bersaiz 6.4 inci dengan resolusi FHD+, bateri Li-Po 4000 mAh dengan fungsi pengecasan pantas serta port USB Type-C. Galaxy A50 memiliki tiga kamera belakang dengan sensor 25MP, 8MP dan 5MP serta 25MP kamera selfie. Untuk Galaxy A30 pula hadir dengan dual kamera dengan sensor 16MP dan 5MP serta 16MP kamera selfie.

Walau bagaimanapun tiada maklumat rasmi dari Samsung Malaysia mengenai pelancaran Samsung Galaxy A30 dan A50 di Malaysia buat masa ini.