Harga Samsung Galaxy S10 Malaysia

Samsung telah melancarkan tiga model perdana premium untuk siri Samsung Galaxy S10. Ianya termasuk Samsung Galaxy S10, Galaxy S10+ dan Galaxy S10e yang membawakan penambahbaikan  dari segi prestasi, skrin dan kamera.

Jadi, apakah perkara baru yang terdapat pada siri Galaxy S10 ini ?. Samsung telah memperkenalkan skrin panel baru yang dinamakan Dynamic AMOLED yang menghasilkan gambar yang lebih cerah, terperinci serta yang pertama menyokong HDR10+.

Samsung juga memperkenalkan fungsi Wireless Power Share iaitu pengecasan berbalik tanpa wayar untuk berkongsi kuasa bateri pada peranti lain. Samsung Galaxy S10 dan S10+ juga hadir dengan pengimbas cap jari ultrasonic yang terbina dibawah skrin yang mengimbas cap jari dalam bentuk 3D. Ianya lebih tepat dan pantas berbanding pengimbas jari jenis optikal yang hanya boleh membaca dalam bentuk 2D.

Harga Samsung Galaxy S10 Malaysia

Ketiga-tiga model Samsung Galaxy S10 juga menggunakan rangkaian LTE pantas dengan kelajuan data sehingga 2Gbps. Ia juga menyokong standard WiFi 6 dengan kelajuan sehingga 1.2 Gbps. Fungsi lain yang hadir pada ketiga-tiga peranti premium ini termasuk NFC, sokongan Samsung Pay, fungsi kalis air dan debu serta menggunakan platform Android Pie melalui antaramuka One UI.

Samsung Galaxy S10+

Untuk siri Galaxy S10 yang baru ini, model S10+ merupakan barisan yang teratas dengan skrin Dynamic AMOLED bersaiz 6.4 inci dan resolusi QHD+ 1440p. Seperti biasa, dua variasi cipset hadir untuk peranti premium ini iaitu sama ada Snapdragon 855 atau Exynos 9820. Namun untuk kita yang berada di Malaysia sudah tentu akan menerima model dengan cip Exynos 9820.

Harga Samsung Galaxy S10 Plus Malaysia

Terdapat dua variasi memori untuk Samsung Galaxy S10+ iaitu model dengan 128GB/8GB RAM dan 1TB/12GB RAM. Kedua duanya model menyokong slot tambahan microSD sehingga 512GB. Peranti ini juga hadir dengan bateri 4100 mAh yang menyokong Wireless Power Share.

Tiga kamera digunakan pada bahagian belakang Samsung Galaxy S10+. Lensa utama dengan sensor 12 Megapixel, Dual Pixel AF, OIS dan aperture boleh laras F1.5 dan F2.4. Lagi dua kamera menggunakan sensor telefoto 12 Megapixel dan juga kamera sudut lebar 16 Megapixel. Untuk selfie peranti ini hadir dengan lensa 10 Megapixel dan 8 Megapixel kamera untuk bokeh.

Samsung Galaxy S10

Samsung Galaxy S10 memiliki spesifikasi yang hampir sama dengan Galaxy S10+. Cuma peranti ini hadir dengan rekaan ynag lebih kecil iaitu dengan skrin Dynamic AMOLED bersaiz 6.1 Inci dengan resolusi QHD+ 1440p. Peranti ini juga hadir dengan tiga kamera belakang yang sama dengan Galaxy S10+ namun memiliki hanya satu kamera untuk selfie dengan sensor 10 Megapixel.

Harga Samsung Galaxy S10 Malaysia

Untuk memori dalaman, peranti ini hadir dengan pilihan 128GB atau 512GB memori. Kedua-dua model hadir dengan 8GB RAM serta bateri 3400 mAh bateri yang turut menyokong fungsi Wireless Power Share. Spesifikasi selebihnya adalah sama dengan Samsung Galaxy S10+.

Samsung Galaxy S10e

Samsung Galaxy S10e merupakan model premium dengan harga yang lebih mampu milik. Ia masih lagi menggunakan skrin panel Dynamic AMOLED Dengan saiz 5.8 inci namun menggunakan resolusi FHD+ 1080p yang lebih rendah.

Harga Samsung Galaxy S10 Malaysia

Prestasinya masih sama dengan Galaxy S10 dan S10+ yang menggunakan pemproses Snapdragon 855 atau Exynos 9820. Ia turut hadir dengan memori 128GB / 6GB RAM dan 256GB / 8GB RAM. Bateri yang digunakan agak kecil dengan 3100 mAh.

Untuk kamera, Samsung telah menggugurkan lensa 12MP yang terdapat pada Galaxy S10 dan S10+. Yang tinggal hanya kamera 12 Megapixel dan 16 Megapixel kamera sudut lebar. Untuk selfie, Samsung Galaxy S10e juga hadir dengan 10 MP kamera. Tidak seperti kedua-dua abangnya yang menggunakan pengimbas cap jari bawah skrin, Galaxy S10e hadir dengan pengimbas cap jari dibahagian sisi.

Harga Samsung Galaxy S10 di Malaysia

Bagi yang telah tidak sabar menanti peranti ini ke pasaran Malaysia, ada berita baik untuk anda. Samsung Malaysia telah mengumumkan harga rasmi untuk ketiga tiga model ini dimana Samsung Galaxy S10e akan dijual pada harga RM2699 untuk model 128GB, Samsung Galaxy S10 akan berharga RM3299 untuk model 128GB dan model paling atas, Samsung Galaxy S10+ akan dijual pada harga RM3699 juga untuk model 128GB. Samsung akan mula membuka tempahan mulai 22 Februari ini sehingga 28 February 2019.