Harga Xiaomi Black Shark Malaysia

Bagi yang sedang mencari peranti berkuasa untuk permainan mudah alih, Xiaomi Black Shark baru sahaja mula ditawarkan untuk pasaran Malaysia secara rasmi. Anda boleh menempah ya melalui laman DirectD dengan harga RM1599 untuk model 64GB / 6GB RAM dan RM1799 untuk model 128GB/ 8GB RAM.

Namun malangnya ianya bukanlah model generasi terbaru Black Shark Helo. Ianya model generasi pertama yang diumumkan April tahun lalu.

Untuk spesifikasi, Xiaomi Black Shark hadir dengan skrin 5.99 inci serta resolusi FullHD+. Ia menggunakan cip Snapdragon 845 dengan Octa-Core CPU dan pemproses grafik Adreno 630. Xiaomi turut memperkenalkan sistem penyejuk cecair dalaman untuk pastikan bahagian dalam smartphone sentiasa bersuhu rendah terutamanya ketika bermain permainan bergrafik tinggi.

Black Shark menawarkan dua pilihan memori iaitu 128GB / 8 GB RAM serta 64GB / 6 GB RAM. Ia turut hadir dengan bateri 4000 mAh yang besar dengan sokongan pengecasan pantas serta dicas melalui USB Type-C. Aksesori khas untuk gaming seperti GamePad juga turut disertakan secara percuma.

Harga Xiaomi Black Shark Malaysia

Peranti ini hadir dengan dual lensa belakang ber-sensor 12 Megapixel F1.8 dan 20 Megapixel F1.8. Tiada penstabilan imej optikal untuk kameranya namun berkebolehan membuat 2x optikal zoom dan juga rakaman video 4K. Kamera selfienya pula menggunakan sensor 20 Megapixel dengan keupayaan merakam video 1080p video.

Xiaomi Black Shark mula boleh didapati bermula hari ini, 13 Febuari melalui laman DirectD.com dimana model 128GB dijual pada harga RM1799 manakala model 64GB dijual dengan harga RM1599.