Nokia 9 PureView Malaysia

Selain peranti boleh lipat dari Samsung dan Huawei, smartphone perdana Nokia 9 PureView mendapat perhatian di MWC 2019. Ianya merupakan smartphone pertama yang menggunakan enam lensa di bahagian belakang.

HMD Global telah bekerjasama dengan Light iaitu syarikat fotografi yang membangunkan kamera dengan multi-sensor. Nokia 9 PureView hadir dengan 2 kamera RGB 12 Megapixel, 3 kamera monochrome 12 Megapixel dan kamera TOF untuk mengesan kedalaman. Kamera selfie pula menggunakan sensor 20 Megapixel.

Di bahagian hadapan, peranti ini menawarkan skrin pOLED sebesar 5.99 inci dengan resolusi 1440 x 2880 pixel. Untuk sistem keselamatan, Nokia juga bawakan pengimbas cap jari dibawah skrin yang dilindungi lapisan Gorilla Glass.

Nokia 9 PureView Malaysia

Nokia 9 dikuasai oleh cip Snapdragon 845 dengan 6 GB RAM serta 128GB memori dalaman. Ia juga menawarkan WiFi 802.11ac, Bluetooth 5.0, LTE Cat16 dan juga bateri 3320 mAh dengan pengecasan pantas dan sokongan pengecas tanpa wayar.

Nokia 9 PureView akan mulakan pasaran bermula March ini dengan harga USD399 atau sekitar RM2899 di Malaysia.