Harga Samsung Galaxy Fold Malaysia

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya smartphone pertama dengan skrin flexible boleh lipat diperkenalkan iaitu Samsung Galaxy Fold.

Ianya bukanlah seperti ZTE Axon M yang menggunakan dua skrin berasingan yang kelihatan jelas bezel pemisah di tengah-tengah peranti apabila dibuka sebagai mod tablet. Samsung Galaxy Fold hanya munggunakan satu skrin flexible yang boleh dilipat.

Skrin utamanya menggunakan panel Dynamic AMOLED bersaiz 7.3 Inci dengan resolusi 1536 x 2152 pixel. Di bahagian luar terdapat skrin kedua yang lebih panjang dengan nisbah 21:9. Skrin di luar bersaiz 4.6 inci menggunakan panel Super AMOLED dengan resolusi HD+.

Harga Samsung Galaxy Fold Malaysia

Di bahagian dalamnya, Samsung menggunakan cipset berkuasa Snapdragon 855 dengan 12 GB RAM dan 512GB memori dalaman. Ia juga dikuasai dua bateri yang memiliki kapasiti gabungan 4380 mAh.

Samsung Galaxy Fold memiliki keseluruhan enam kamera. Kamera utama di bahagian belakang dengan tiga lensa 12MP + 12MP + 16MP dengan kebolehan 2x optikal zoom, fungsi OIS dan rakaman video 4K. Dua kamera digunakan pada hadapan untuk selfie pada mod tablet dengan lensa 10MP dan 8MP. Manakala satu lagi kamera 10MP di bahagian luar untuk selfie pada mod smartphone.

Harga Samsung Galaxy Fold Malaysia

Samsung Galaxy Fold akan mulakan jualan di USA bermula 26 April 2019 dengan harga USD1980 atau bersamaan RM8000 di Malaysia. Tiada maklumat untuk tarikh pelancaran serta harga untuk pasaran Malaysia.