Samsung menambah dua lagi model untuk siri smartphone pertenghan dengan Samsung Galaxy A50 Dan juga Samsung Galaxy A30. Ia menawarkan skrin Infinity-U dengan takuk kecil di atas skrin untuk menempatkan kamera selfie. Kedua-dua model juga memiliki skrin yang sama saiz iaitu 6.4 inci dengan panel Super AMOLED dan resolusi 1080 x 2340 pixels. [AdsPost]
Samsung Galaxy A50
Samsung Galaxy memiliki tiga kamera di bahagian belakang dengan sensor 25 Megapixel F1.7, 8 Megapixel F2.2 dan 5 Megapixel F2.2. Manakala untuk selfie pula ia menawarkan kamera 25 Megapixel F2.0.
Peranti pertenghan premium ini juga hadir dengan cip set Exynos 9610 dengan kemampuan CPU Octa-Core dan GPU Mali G72 MP3. Ia juga menawarkan dua pilihan memori iaitu 128GB / 6GB RAM dan 64GB / 4GB RAM.
Fungsi menarik lain yang terdapat pada Samsung Galaxy A50 termasuk fungsi kalis air dan debu IP68, bateri berkapasiti 4000 mAh dengan pengecasan pantas 15W, Port USB Type-C, pengimbas cap jari di bawah skrin serta menggunakan platform terbaru Android Pie.
Samsung Galaxy A30
Untuk Samsung Galaxy A30 pula menawarkan dua kamera di bahagian belakang dengan sensor 16 Megapixel F1.7 dan 5 Megapixel F2.2. Kamera selfie pula menggunakan sensor 16 Megapixel.
Peranti ini hadir dengan cip Exynos 7885 dengan pilihan memori 64GB /4GB RAM dan 32GB /3GB RAM. Fungsi selebihnya adalah sama dengan model Galaxy A50 termasuk fungsi kalis air, bateri 4000 mAh dengan pengecasan pantas dan menggunakan platform terkini Android Pie.
Buat masa ini, Samsung masih lagi belum mengumumkan harga rasmi untuk kedua-dua peranti ini. Bedasarkan spesifikasinya, Samsung Galaxy A50 dijangka berharga lingkungan RM1699 sehingga RM1899 manakala Galaxy A30 pula mengkin dipasarkan Sekitar RM1299.