Harga Sony Xperia 1 Malaysia

Sony telah sekian lama bekerja keras untuk bersaing bersama peranti perdana yang lain. Di MWC 2019 mereka menggunakan strategi baru dengan memperkenalkan smartphone bersaiz panjang dengan nisbah skrin 21:9.

Sony Xperia 1 merupakan pengganti kepada Xperia XZ3 yang dilancarkan tahun lalu. Peranti ini menawarkan skrin OLED bersaiz 6.5 inci dengan resolusi 4K 1644 x 3840 pixel yang menyokong kandungan HDR.

Sony Xperia 1 juga hadir dengan cip berkuasa Snapdragon 855, 6GB RAM serta pilihan memori sama ada 64GB atau 128GB. Malangnya, peranti super premium ini tidak menyokong rangkaian 5G.

Untuk kamera, Sony Xperia 1 merupakan model pertama dari Sony yang menggunakan tiga kamera belakang. Ia hadir dengan tiga sensor 12 Megapixel dengan aperture F1.6, F2.4 dan F2.4. Kamera utama juga memiliki fungsi Dual Pixel PDAF, 5-Axis OIS serta fungsi 2x optikal Zoom. Kamera selfie pula hadir dengan sensor 8 Megapixel F2.0.

Harga Sony Xperia 1 Malaysia

Ciri-ciri menarik lain yang terdapat pada Sony Xperia 1 termasuk bateri Li-Ion 3330 mAh dengan pengecas pantas 18W, pengimbas cap jari di sisi, fungsi kalis air dan debu serta menggunakan platform terkini Android Pie.

Buat masa ini Sony masih belum mengumumkan harga rasmi serta tarikh jualan untun Sony Xperia 1. Di Malaysia, Sony Xperia 1 dijangka akan dijual sekitar RM3699 sekiranya memasuki pasaran tempatan.
Koi