Sony Xperia XA3 Ultra Malaysia

Sony dijangka akan memperkenalkan beberapa model baru di MWC 2019 yang akan berlangsung hujung bulan ini. Antara model yang dijangka diperkenalkan ialah Sony Xperia XA3 dan Sony Xperia XA3 Ultra.

Terbaru, gambar kedua-dua peranti ini telah tertiris memperlihatkan rekaat peranti dengan skrin yang sangat panjang dengan nisbah 21:9 dengan bezel kecil di sisi kiri dan kanan serta di bahagian bawah. Bezel atas agak tebal yang menempatkan pempesar suara dan kamera Selfie.

Sony Xperia XA3 Ultra dijangka hadir dengan skrin bersaiz 6.5 inci dengan resolusi FHD+. Ia juga bakal menggunakan pemproses Snapdragon 660 dengan 6GB RAM, 64GB memori terbina, bateri 4000 mAh serta menggunakan platform terbaru Android Pie.

Sony Xperia XA3 Ultra Malaysia

Sensor kamera yang digunakan masih lagi belum diketahui. Namun ia hadir dengan dual lensa di bahagian belakang dan kamera tunggal untuk Selfie.

Sony Xperia XA3 dan XA3 Ultra dijangka diumumkan pada MWC 2019 ini yang akan berlangsung kurang dua minggu lagi di Barcelona. Sama sama kita nantikan model terbaru keluaran Sony pada majlis tersebut.