Spesifikasi Nokia 9 PureView

Masih berbaki kurang dua minggu sahaja lagi sebelum Nokia 9 PureView akan diumumkan secara rasmi di MWC 2019 pada 24 Februari ini yang berlangsung di Barcelona. Namun, spesifikasi peranti tersebut telah tertiris di internet melalui laman Android Enterprise.

Melalui laman Android Enterprise, Google telah menyenaraikan beberapa peranti yang sesuai untuk kegunaan bisnes dan Nokia 9 antara salah satu model dari Nokia yang tersenarai di laman tersebut.

Melalui website tersebut, hanya spesifikasi asas Nokia 9 dinyatakan termasuk memiliki skrin bersaiz 6.0 inci, 128GB memori terbina, 4GB RAM, penggunaan platform Android Pie serta sokongan NFC dan pengimbas cap jari.

Spesifikasi Nokia 9 PureView

Spesifikasi lain yang dijangka terdapat pada Nokia 9 termasuk menggunakan cip Snapdragon 845, fungsi kalis air dan debu serta mungkin peranti pertama di dunia yang menggunakan 6 kamera di bahagian belakang dengan Zeiss Optik dan teknologi PureView.