Smartphone Vivo iQOO

Sebelum ini Vivo telah mengumumkan sub jenama baru iaitu iQOO. Ianya dikatakan akan mengeluarkan smartphone perdana yang mengfokuskan kepada permainan mudah alih.

Terbaru, spesifikasi telefon pintar pertama iQOO telah tertiris di internet dengan spesifikasi yang agak mantap. Model vivo iQOO yang masih lagi belum tahu nama modelnya dijangka hadir dengan cip Snapdragon 855 serta memiliki ruangan storan sehingga 256GB dan 12 GB RAM.

Ia juga dikatakan hadir dengan bateri 4000 mAh dengan fungsi pengecasan pantas 44W. Untuk maklumat anda, Huawei Super Charge 40W merupakan teknologi pengecasan yang paling pantas buat masa ini. Dengan teknologi 44W yang bakal digunakan pada model iQOO mungkin boleh mengatasi rekod yang dipegang Huawei.

Spesifikasi lain yang dijangka hadir pada model pertama iQOO termasuk fungsi NFC, tiga kamera utama dengan mod SuperHDR, fungsi gegaran 4D untuk permainan mudah alih serta sambungan USB Type-C.