Nampaknya semakin banyak pengeluar telefon bimbit dari China memperkenalkan sub-jenama untuk smartphone mereka. Dimulakan oleh Huawei yang memperkenalkan Honor pada satu masa dahulu. Sebelum ini juga Oppo dan Xiaomi mengikut jejak dengan mengeluarkan peranti dari jenama Realmi dan Poco.

Terbaru, Vivo pula mengikut rentak pengeluar Smartphone dari China yang lain dimana Vivo dijangka akan memperkenalkan jenama baru iaitu iQOO.

Ianya telah diperkenalkan Vivo melalui laman sosial Weibo dengan berkongsi gambar seolah-olah bandar masa hadapan dengan logo iQOO di tengahnya. Akaun Weibo untuk iQOO Mobile Phone juga telah dihasilkan. Begitu juga dengan nama domain iQOO.com yang juga telah didaftarkan.

Buat masa ini tiada maklumat mengenai peranti yang dikeluarkan dibawah jenama iQOO. Namun ia sudah tentu akan hadir tidak lama lagi.