Harga Vivo U1 Malaysia

Vivo telah melancarkan model baru untuk pasaran smartphone mampu milik iaitu Vivo U1. Ianya merupakan siri baru yang hadir dalam dua variasi memori termasuk 32GB/3GB RAM dan 64GB/4GB RAM dengan harga jualan bermula sekitar RM499.

Untuk spesifikasi Vivo U1, ia hadir dengan pemproses Snapdragon 430 dengan kemampuan CPU lapan teras serta menggunakan bateri berkapasiti 4030 mAh.

Peranti dengan sistem Android 8.1 Oreo ini juga hadir dengan dua kamera di bahagian belakang dengan sensor 13 Megapixel serta 2 Megapixel. Kamera hadapan pula menawarkan lensa 8 Megapixel untuk selfie dan juga untuk membuka kunci melalui pengecaman wajah.

Vivo U1 juga hadir dengan skrin bersaiz 6.2 inci dengan resolusi 1520 x 720 pixel serta nisbah 19:9. Ia boleh didapati dalam tiga pilihan warna termasuk hitam, merah dan juga biru.

Harga Vivo U1 Malaysia

Harga Vivo U1 bermula CNY 799 atau sekitar RM499 untuk model 32GB. Manakala untuk model 64GB pula dijual pada harga CNY999 atau sekitar RM599. Buat masa ini tiada maklumat tarikh pelancaran serta harga Vivo U1 untuk pasaran Malaysia.