Vivo V15 Pro Malaysia

Vivo telah melancarkan telefon pintar kedua yang menggunakan kamera selfie jenis Pop-Up iaitu Vivo V15 Pro. Kamera selfienya menggunakan lensa 32 Megapixel yang tersembunyi di dalam badan peranti. Apabila ingin menggunakannya, modul kamera akan muncul di bahagian atas.

Kamera selfie jenis mekanikal Pop-Up digunakan untuk memberi ruang hadapan peranti sepenuhnya pada skrin dengan bezel yang sangat nipis dan tanpa takuk. Vivo V15 Pro menggunakan skrin Super AMOLED bersaiz 6.39 inci dengan resolusi 1080 x 2316 pixel. Ia juga menggunakan pengimbas cap jari di bawah skrin.

Untuk kamera Utama, Vivo V15 Pro menggunakan gabungan tiga kamera di belakang dengan lensa utama 48 Megapixel, F1.8, 1/2-inci saiz sensor. Lensa kedua jenis sudut lebar dengan sensor 8 Megapixel manakala lensa ketiga dengan sensor 5 Megapixel untuk bokeh.

Vivo V15 Pro Malaysia

Berbanding Vivo NEX yang diperkenalkan bulan Jun tahun lalu, Vivo V15 Pro menggunakan pemproses yang lebih rendah iaitu Snapdragon 675 berbanding Vivo NEX yang menggunakan cip berkuasa Snapdragon 845. Peranti ini juga hadir dengan memori 128 GB dan pilihan 6 atau 8 GB RAM.

Vivo V15 Pro juga hadir dengan platform Android 9.0 (Pie) dan bateri Li-Po 3700 mAh. Tetapi malangnya ia masih lagi menggunakan port microUSB Untuk pengecasan.

Vivo V15 Pro Malaysia

Vivo V15 Pro akan mulakan jualan di India dengan harga bermula INR 28,990 atau bersamaan RM1699. Ia boleh didapati dalam pilihan warna biru dan merah. Di Malaysia, peranti ini akan diumumkan pada 26 Febuari ini, namun masih lagi belum ketahui tentang harga rasminya untuk pasaran tempatan.