Harga Xiaomi Mi 9 Malaysia

Xiaomi Mi 9 akhirnya dilancarkan secara rasmi yang hadir dengan spesifikasi mantap pada harga serendah RM1899. Xiaomi Mi 9 boleh dikatakan antara model smartphone yang terawal menggunakan pemproses Snapdragon 855 yang lebih berkuasa serta jimat kuasa berbanding Snapdragon 845.

Dengan gabungan pemproses grafik Adreno 640 memberikan prestasi terbaik terutamanya untuk aplikasi permainan yang memerlukan keupayaan grafik yang tinggi. Untuk kegunaan permainan mudah alih yang lebih lancar, Xiaomi Mi 9 juga menawarkan fungsi Game Turbo dimana ia dijalankan secara automatik apabila aplikasi permainan dibuka untuk tingkatkan kelancaran ketika bermain permainan mudah alih.

Xiaomi Mi 9 hadir dengan skrin Super AMOLED bersaiz 6.39-inci dengan resolusi 1080 x 2340 pixel. Paparannya menyokong fungsi Always-On-Display Dan juga HDR10.

Harga Xiaomi Mi 9 Malaysia

Di bahagian atas skrin terdapat takuk kecil yang menempatkan 20 Megapixel kamera dengan aperture F2.0. Di bahagian belakang, Xiaomi Mi 9 hadir dengan tiga kamera. Lensa pertama dengan modul 48 Megapixel dengan sensor besar bersaiz 1/2-inci dan aperture F1.8. Lensa kedua dan ketiga masing-masing jenis sudut lebar dan telefoto dengan modul 16 Megapixel dan 12 Megapixel.

Harga Xiaomi Mi 9 Malaysia

Selain itu, Xiaomi Mi 9 juga hadir dengan pengimbas cap jari dibawah skrin. Ia juga hadir dengan bateri Li-Po 3300 mAh dengan pengecasan pantas 27W yang di cas melalui USB Type-C.

Harga Xiaomi Mi 9 bermula dari CNY2999 (sekitar RM1899) untuk model 128GB / 6GB RAM. Manakala untuk model 128GB /8GB RAM pula dijual dengan harga CNY3299 (sekitar RM1999). Ianya boleh didapati dalam tiga pilihan warna termasuk Lavender Violet, Ocean Blue Dan Piaono Black. Xiaomi juga telah memperkenalkan variasi Xiaomi Mi 9 dengan badan lut sinar dengan 12GB RAM dan 256 GB memori. Ia dijual dengan harga CNY3999 (sekitar RM2499). Buat masa ini tiada maklumat untuk tarikh pasaran serta harga Xiaomi Mi 9 di Malaysia.