Xiaomi Mi 9 SE Malaysia

Selain Xiaomi Mi 9, Xiaomi turut melancarkan variasi yang lebih mampu milik iaitu Xiaomi Mi 9 SE dengan skrin yang lebih kecil serta pemproses baru Snapdragon 712 dengan kemampuan CPU Octa-Core 2.3 Ghz dan pemproses grafik Adreno 616.

Ia menggunakan skrin Super AMOLED bersaiz 5.97 inci dengan resolusi 1080 x 2340 pixel serta pengimbas cap jari terbina dibawah skrin. Xiaomi Mi 9 SE menawarkan dua pilihan memori iaitu 64GB dan 128GB yang hadir bersama 6GB RAM.

Untuk kamera, Xiaomi Mi 9 SE tampil bergaya dengan tiga kamera di bahagian belakang. Lensa utama menggunakan model yang sama terdapat pada Mi 9 dengan lensa 48 Megapixel, aperture F1.8 serta sensor bersaiz 1/2-inci. Dua lagi lensa menggunakan modul 13 Megapixel dan 8 Megapixel. Untuk selfie, ia menggunakan 20 Megapixel kamera dengan aperture F2.0.

Xiaomi Mi 9 SE Malaysia

Peranti dengan platform terkini Android Pie ini juga hadir dengan bateri Li-Po 3070 mAh. Ia juga menyokong pengecasan pantas 18W yang dicas melalui USB Type-C.

Xiaomi Mi 9 SE Malaysia

Xiaomi Mi 9 SE menawarkan pilihan warna yang sama dengan Xiaomi Mi 9 termasuk biru, violet dan hitam. Harga Xiaomi Mi 9 SE bermula dari CNY1999 atau sekitar RM1299 untuk model 64GB dan CNY2299 atau sekitar RM1399 untuk model 128GB.