Xiaomi Mi Mix 3 5G Malaysia

Xiaomi telah melancarkan smartphone 5G pertama mereka iaitu Xiaomi Mi Mix 3 5G dengan menggunakan cip Snapdragon 855 yang baru serta berfungsi dengan rangkaian 5G.

Menurut Xiaomi, telefon pintar Xiaomi Mi Mix 3 5G mampu mencapai kelajuan muat turut sehingga 2Gbps. Untuk mencapai kelajuan tersebut, peranti ini menggunakan cip modem Snapdragon X50 yang terdapat pada cipset baru Snapdragon 855.

Spesifikasi selebihnya adalah sama dengan Xiaomi Mi Mix 3 yang dilancarkan Oktober tahun lalu seperti skrin AMOLED 6.39 inci dengan resolusi 1080 x 2340 pixel, 6GB RAM serta pilihan memori 64 atau 128GB memori dalaman.

Xiaomi Mi Mix 3 5G Malaysia

Xiaomi Mi Mix 3 5G juga hadir dengan dua kamera 12 Megapixel di bahagian belakang. Manakala untuk selfie pula, anda perlu gelongsorkan bahagian belakang peranti untuk dedahkan dua 24 Megapixel dan 2 Megapixel kamera.

Xiaomi Mi Mix 3 telah dijual dengan harga RM2199 di Malaysia. Memandangkan tiada rangkaian 5G di Malaysia, Xiaomi Mi Mix 3 versi 5G ini mungkin tidak dipasarkan di pasaran tempatan. Ianya akan dijual mulai May 2019 melalui kerjasama syarikat selular seperti Three, Orange, Sunrise, Telefonica, TIM, Vodafone dan sebaginya.