Huawei P Smart+ 2019 Malaysia

Huawei baru sahaja melancarkan smartphone kelas pertengahan  iaitu Huawei P Smart+ 2019 dengan tiga kamera di bahagian belakang serta skrin dengan takuk titisan air diatasnya. Peranti ini menawarkan spesifikasi yang hampir sama dengan model Huawei P Smart 2019 yang dilancarkan Disember tahun lalu. Namun model baru ini menawarkan sistem kamera yang lebih baik.

Untuk spesifikasi Huawei P Smart+ 2019, ia menawarkan skrin bersaiz 6.21 inci dengan resolusi 1080 x 2340 pixel. ia juga menggunakan sistem Android 9.0 Pie terbaru melalui antaramuka EMUI 9.0. Peranti ini juga menawarkan cip pemproses Kirin 710 dengan memori 64 GB serta 3 GB RAM. Slot microSD juga disediakan untuk peranti ini yang boleh diisi sehingga 512GB.

Dengan cip GPU Mali-G51 MP4, ia turut menyokong fungsi GPU Turbo 2.0 untuk permainan mudah alih yang lebih lancar. Ia juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,400mAh yang di cas melalui Micro USB.

Huawei P Smart+ 2019 Malaysia

Untuk kamera, Huawei P Smart+ 2019 menawarkan tiga lensa dibahagian belakang dengan sensor utama 24 Megapixel, lensa sudut lebar 16 Megapixel serta lensa bokeh 2 Megapixel. Peranti ini juga menawarkan kamera AI 8 Megapixel untuk mengambil gambar selfie.

Fungsi AI yang terdapat pada kameranya mampu mengesan sehingga 500 suasana bagi memberikan aturan terbaik untuk setiap gambar yang diambil. Huawei P Smart+ 2019 turut menyokong rakaman video gerak perlahan pada kadar 480 fps.

Huawei P Smart+ 2019 Malaysia

Huawei P Smart+ 2019 boleh didapati dalam pilihan warna hitam dan biru. Buat masa ini tiada maklumat untuk harga Huawei P Smart+ 2019. Namun ia dijangka sekitar RM1000.