Oppo baru sahaja melancarkan dua model pertenghan iaitu Oppo F11 dan Oppo F11 Pro. Ia akan mulakan jualan di India dengan harga bermula INR 19,990 atau bersamaan RM1199 di Malaysia. Kedua-dua peranti ini hadir dengan skrin IPS bersaiz 6.53-inci dengan resolusi 1080 x 2340 pixels.

Perbezaan utama atara Oppo F11 dan F11 pro adalah sistem kamera selfie dimana Oppo F11 memiliki kamera selfie 16 Megapixel di takuk kecil pada skrinnya. Manakala model F11 Pro pula menggunakan mekanisma Popup bagi mengeluarkan kamera selfie yang juga menggunakan kamera yang sama. Spesifikasi selebihnya adalah sama.

Kedua-dua peranti ini hadir dengan dua kamera utama dibahagian belakang dengan sensor 48 Megapixel F1.8 dan 5 Megapixel F2.4. Didalamnya, F11 dan F11 Pro bawakan pemproses Mediatek Helio P70 dengan CPU Octa-Core, 128GB memori dalaman serta 6 GB RAM. Model dengan memori 64GB dan 4GB RAM juga turut ditawarkan.

Fungsi lain yang terdapat pada Oppo F11 dan Oppo F11 Pro termasuk pengimbas cap jari yang terletakĀ  di belakang, bateri Li-Po 4000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0 serta menggunakan sistem Android 9.0 Pie.

Oppo F11 dijual dengan harga INR 19,990 di India atau sekitar RM1299. Ia boleh didapati dalam warna unggu, hijau dan putih. Manakala untuk Oppo F11 Pro pula dijual dengan harga INR 24,990 atau sekitar RM1499 di Malaysia. Ia boleh didapati dalam warna hitam dan hijau.