Xiaomi Black Shark 2

Xiaomi baru sahaja mengedarkan jemputan media ke majlis pelancaran Xiaomi Black Shark 2 yang akan berlangsung di Beijing, China. Ianya merupakan smartphone perdana yang mengfokuskan permainan mudah alih bagi menggantikan Xiaomi Black Shark Helo dan Xiaomi Black Shark yang dilancarkan pada tahun lalu.

Bedasarkan desas-desus sebelum ini Xiaomi Black Shark 2 akan hadir dengan cip berkuasa Snapdragon 855 dengan pilihan memori sehigga 256GB dan sehingga 12 GB RAM. Peranti ini juga dijangka hadir dengan bateri 4,000mAh  dengan pengecasan pantas 27W.

Xiaomi Black Shark 2 juga dikhabarkan hadir dengan sistem penyejuk dalaman yang baru iaitu Liquid Cool 3.0, menggunakan sistem Android 9.0 Pie serta dengan skrin bernisbah 18:9. Untuk spesifikasi lain masih lagi tidak ketahui.

Maklumat harga Xiaomi Black Shark 2 serta tarikh jualannya juga masih lagi tidak diketahui. Untuk maklumat anda, Xiaomi Black Shark generasi pertama dijual dengan harga RM1599 untuk versi 6GB RAM dan RM1799 untuk model dengan 8GB RAM.