Oppo Reno Malaysia

Oppo telah memperkenalkan siri baru smartphone iaitu Oppo Reno dengan peranti pertama yang akan diumumkan pada 10 April ini. Ianya masih lagi kabur sama-ada Oppo Reno akan mengfokuskan pada pasaran smartphone pertengahan atau kelas atasan.

Namun, bedasarkan maklumat yang telah tertiris, Oppo Reno merupakan model yang pertama hadir dengan sistem 10x optikal zoom yang diperkenalkan Oppo di MWC Barcelona baru-baru ini. Model baru Oppo Reno yang akan diumumkan juga dikatakan hadir dengan dua kamera utama dibelakang dengan sensor utama 48 Mgapixel Sony IMX 586 dan sensor 5 Megapixel. Untuk selfie, peranti tersebut akan menggunakan lensa tunggal 16 Megapixel.

Model pertama Oppo Reno dikuasai oleh cip Snapdragon 710 dengan CPU Octa-Core serta hadir dengan skrin bersaiz 6.4 inci dengan resolusi FullHD+. Untuk software, Oppo Reno akan menggunakan Android Pie dengan antaramuka ColorOS 6.0 yang sama seperti smartphone Oppo yang lain.

Model pertama Oppo Reno akan diumumkan 10 April ini. Namun tiada maklumat sama ada peranti ini akan memasuki pasaran tempatan atau tidak.