Xiaomi Redmi Note 7 Malaysia

Tentu rami yang sedang menanti-nantikan model mampu milik Xiaomi Redmi Note 7 hadir ke pasaran tempatan. Bagi yang sedang menanti, ada berita baik untuk anda, Xiaomi Malaysia telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan Xiaomi Redmi Note 7 untuk pasaran Malaysia pada 19 March ini.

Harga Xiaomi Redmi Note 7 di Malaysia masih lagi belum diketahui. Model sebelum ini, Xiaomi Redmi Note 6 Pro dijual dengan harga RM849 untuk model 3GB/32GB dan RM999 untuk model 4GB/64GB. Untuk Xiaomi Redmi Note 7 dijangka dijual dalam lingkungan harga tersebut.

Namun persolannya adalah variasi manakah yang akan memasuki pasaran tempatan. Sepertimana yang kita tahu terdapat dua variasi untuk Redmi Note 7 iaitu model Redmi Note 7 Pro dengan cipset Snapdragon 675 dan Redmi Note 7 dengan cipset Snapdragon 660.

Xiaomi Redmi Note 7 Malaysia

Selain pilihan memori dan cipset, Redmi Note 7 dan Redmi Note 7 Pro berkongsi spesifikasi yang sama termasuk menggunakan skrin bersaiz 6.3 inci dengan resolusi 1080 x 2340 pixels, dual kamera di belakang dengan sensor 48+5 Megapixel, 13 Megapixel kamera selfie serta bateri Li-Po 4000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W.