Asus Zenfone Live L2 Malaysia

Asus baru sahaja mengumumkan model baru untuk siri smartphone mampu milik mereka iaitu Asus Zenfone Live (L2).

Peranti baru ini bawakan kemaskini minor berbanding model lalu, Asus Zenfone Live (L1). Ianya hadir dengan skrin 5.5 inci dengan resolusi 720 x 1440 pixel serta menggunakan sistem Android Go yang berasaskan Android 8.0 Oreo.

Di dalamnya, ZenFone Live (L2) hadir dengan cip Snapdragon 425, pilihan memori 16GB/1GB atau 32GB/2GB RAM serta bateri berkapasiti 3000 mAh.

Ia turut hadir dengan kamera tunggal dibahagian belakang dengan sensor 13 Megapixel F2.0 manakala untuk selfie hadir dengan kamera 5 Megapixel F2.4.

Asus Zenfone Live L2 Malaysia

Fungsi lain yang hadir termasuk port microUSB untuk pengecasan, audio jack, FM radio serta hadir dalam dua pilihan warna iaitu biru dan merah.

Model lama Asus Zenfone Live (L1) telah dijual di Malaysia dengan harga RM399. Untuk model baru ini juga dijangka akan dijual sekitar harga tersebut.