Aplikasi Smartphone Untuk Bulan Ramadan

Bulan ramadan tahun ini baru sahaja membuka tirai. Sebagai umat islam, bulan yang dinanti-nantikan ini haruslah diisi dengan perkara perkara yang bermanfaat. Jadi, kami senaraikan beberapa aplikasi smartphone yang boleh anda gunakan sepanjang bulan ramadhan ini.

Waktu Solat Dan Kiblat

Aplikasi Smartphone Untuk Bulan Ramadan

Waktu Solat adalah aplikasi wajib yang harus ada pada smartphone anda. Ianya memudahkan anda mengetahui waktu solat, waktu berbuka puasa serta waktu imsak supaya anda tidak terlepas sahur anda. Aplikasi ini juga membenarkan anda setkan sebagai widget dibahagikan homescreen smartphone. Muat turun Waktu Solat di Google Play.

iQuran Lite – Al Quran Dengan Tafsir Dan Tajwid

Aplikasi Smartphone Untuk Bulan Ramadan

Membaca Al Quran pada bulan ramadan sangatlah digalakkan. Kini anda lebih mudah untuk membacanya dimana sahaja dengan aplikasi iQuran Lite. Aplikasi ini juga menawarkan terjemahan ke English serta memiliki panduan tajwid untuk bacaan yang lebih sempurna. Muat turun iQuran Lite di Google Play dan App Store.