Google Pixel 3a Dan 3a XL Malaysia

Hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum Google Pixel 3a dan 3a XL di lancarkan. Sehingga hari ini telah banyak maklumat spesifikasi dan gambar yang telah tertiris di internet.

Peranti yang akan diumumkan pada 7 May Ini lebih mengfokuskan pada pasaran pertenghan dengan skrin yang lebih kecil. Pixel 3a dijangka menggunakan skrin 5.6 inci dengan bateri 3,000 mAh dan cip Snapdragon 670 manakala Pixel 3a XL pula hadir dengan skrin 6.0 inci, bateri 3,700 mAh dan Snapdragon 710.

Google Pixel 3a Dan 3a XL Malaysia

Selebihnya kedua-dua peranti ini memiliki spesifikasi yang hampir sama termasuk dual kamera Utama 12.2 Megapixel dan 8 Megapixel kamera Selfie. Peranti ini juga hadir dengan 4GB RAM, pilihan memori 64GB atau 128GB dan sudah tentunya menggunakan platform Android Pie.

Google Pixel 3a Dan 3a XL Malaysia

Bedasarkan maklumat yang tertiris, Google Pixel 3a akan dijual di USA pada harga USD399 atau sekitar RM1699 manakala Pixel 3a XL pula dijual pada harga USD479 atau sekitar RM1999.