OnePlus 7 Malaysia

Selain OnePlus 7 Pro, OnePlus turut melancarkan model yang lebih murah iaitu OnePlus 7. Ia memiliki skrin yang lebih kecil dengan takuk titisan air, sistem kamera dual lensa dan juga bateri yang lebih kecil berbanding model Pro.

Peranti ini menawarkan skrin AMOLED bersaiz 6.41 inci dengan resolusi FHD+ 1080p. Peranti ini memiliki takuk kecil di bahagian atas skrin yang menempatkan 16 Megapixel kamera selfie.

Untuk kamera utama, OnePlus 7 menawarkan 48 Megapixel F1 7 dengan OIS dan juga kamera 5 Megapixel. Ia menyokong rakaman video 4K dan video gerak perlahan dalam resolusi 720p/480fps.

OnePlus 7 Malaysia

Seperti model Pro, OnePlus 7 turut dikuasai oleh cip Snapdragon 855 dengan dua pilihan memori iaitu 6GB/128GB dan 8GB/256GB. Peranti ini juga menawarkan bateri Li-Po 3700 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 20w.

Di Malaysia, peranti ini dijangka akan ditawarkan pada harga sekitar RM2499 sehingga RM2699 bedesarkan variasi memori yang dipilih.