OnePlus 7 Pro Malaysia

OnePlus 7 Pro baru sahaja diumumkan yang merupakan smartphone terbaik yang pernah OnePlus hasilkan ketika ini. Untuk model baru ini OnePlus telah membuat penambahbaikan ketara terutamanya pada skrin dan kamera.

OnePlus 7 Pro merupakan model pertama daripada mereka yang menggunakan skrin QHD+. Ianya hadir dengan panel Fluid AMOLED bersaiz 6.67 Inci dengan sokongan HDR10+ dan juga kadar segar 90Hz.

Dibahagian dalam, peranti premium ini menawarkan pemproses Snapdragon 855 dengan pilihan memori sehingga 256GB dan sehingga 12GB RAM. Peranti ini merupakan yang pertama menggunakan memori UFS 3.0 yang memiliki prestasi 78% lebih baik dari generasi sebelum ini.

OnePlus 7 Pro juga menawarkan bateri berkapasiti 4000 mAh yang menyokong pengecasan pantas Warp Charge 30 yang boleh dicas melalui USB Type-C.

OnePlus 7 Pro Malaysia

Untuk sistem kamera, peranti ini menawarkan tiga kamera dibahagian belakang dengan lensa utama 48 Megapixel, lensa sudut lebar 16 Megapixel dan lensa telefoto 8 Megapixel. Untuk Selfie, ia hadir dengan kamera popup 16 Megapixel.

OnePlus 7 Pro akan ditawarkan di USA, India, China dan beberapa negara Eropah pada harga USD669 untuk model 6/128GB, USD699 untuk model 8/256GB dan USD749 untuk model 12/256GB. Harga OnePlus 7 Pro di Malaysia dijangka bermula dari RM2799 untuk model asas 6/128GB.