Oppo Reno 10x Zoom Malaysia

Oppo Malaysia telah mengesahkan melalui Facebook mereka bahawa smartphone premium, Oppo Reno akan dilancarkan pada 27 May ini. Buat masa ini tiada maklumat harga yang dikeluarkan. Namun ia dijangka akan dijual sekitar RM2499.

Untuk spesifikasi, Oppo Reno 10x Zoom Dengan Skrin AMOLED bersaiz 6.6 inci dengan resolusi 1080 x 2340 pixel. Peranti ini juga membawakan pengimbas cap jari dibawah skirin.

Oppo Reno merupakan smartphone terbaik Oppo ketika ini. Ia dikuasai oleh pemproses Snapdragon 855 dengan pilihan memori sehingga 256GB dan sehingga 8GB RAM. Ia juga menggunakan bateri Li-Po 5065 mAh dengan pengecasan pantas 50W melalui teknologi VOOC 3.0 serta dijalankan pada Android Pie.

Kelebihan Oppo Reno 10X Zoom sudah tentu terletak pada sistem kameranya dengan kebolehan 10X optikal zoom dan sehingga 60X digital zoom. Kemampuan zoom Ini dicapai melalui lensa periskop 13 Megapixel yang terletak di bahagian belakang.

Selain lensa Zoom, terdapat dua lagi sensor kamera dia bahagian belakang iaitu 48MP lensa utama dan 8MP lensa sudut lebar. Untuk selfie pula peranti ini menawarkan kamera pop-up 16MP.