Smartphone Realme 3 Pro akan berlabuh di Malaysia pada 14 May ini. Menghampiri tarikh pelancarannya dilihat beberapa penjual smartphone tempatan mula mendedahkan harga rasmi Realme 3 Pro untuk pasaran Malaysia. Terdapat dua model ditawarkan iaitu Realme 3 Pro 4GB/64GB yang akan dijual pada harga RM899 manakala model 6GB/128GB dijual pada harga RM1099.

Sedikit mengenai spesifikasi Realme 3 Pro yang merupakan smartphone dengan skrin 6.3 Inci, resolusi 1080 x 2340 pixel serta memiliki takuk titisan air yang menempatkan kamera selfie 16 Megapixel.

Kamera Utama pula menawarkan dua lensa dengan sensor 16 Megapixel dan juga 5 Megapixel. Peranti ini juga menawarkan pemproses Snapdragon 710 dengan pilihan memori 4GB/64GB dan 6GB/64GB.

Realme 3 Pro Akan berentap dengan model-model dari pasaran pertenghan mampu milik yang lain termasuk Xiaomi Redmi Note 7 dan juga Asus Zenfone Max Pro M2.