Smartphone Sony Xperia Di Malaysia

Nampaknya tiada lagi model baru smartphone Sony Xperia yang akan memasuki pasaran Malaysia selepas ini. Sony baru sahaja mengumumkan plan strategi perniagaan smartphone mereka untuk tahun 2020.

Mereka mahukan perniagaan smartphone yang lebih menguntungkan pada masa akan datang. Jadi mereka terpaksa mengurangkan kos operasi dan hanya mengfokuskan pada pasaran negara yang menguntungkan.

Menurut sumber dari XperiaBlog, Sony akan mengfokuskan pasaran dari beberapa buah negara sahaja termasuk Jepun, Hong Kong, Taiwan dan Eropah. Malaysia antara salah satu negara yang tidak difokuskan lagi.

Ianya bukanlah perkara yang mengejutkan. telah banyak peranti Sony yang diumumkan sebelum ini namun tidak memasuki pasaran tempatan. Kali terakhir smartphone Sony berlabuh di pasaran Malaysia adalah pada Ogos tahun lalu untuk model Sony Xperia XZ2 Premium.

Tags